Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sempena berada
bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan.. Memohon
sebanyak-banyaknya doa kepada Allah S.W.T..
Antara doa yang
biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita
dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu
lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar
Bacaan yang saya maksudkan ialah Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah.. Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..
Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah
Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."
No comments:
Post a Comment