Tuesday 18 June 2013

Rahsia



 DOA YANG DIKABULKAN


Dari Abu Sa'id, Rasulullah bersabda, "Tidak ada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa didalamnya tidak ada unsur perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim kecuali Allah akan memberikan kepadanya tiga pilihan, pertama segera mengabulkan doanya, kedua menyimpannya untuknya diakhirat dan ketiga melepaskannya dari kesulitan atau semisalnya." (HR. Hakim).

Rasulullah menerangkan kepada kita bahwa Allah mengabulkan doa setiap hamba yang berdoa kepadaNya selama dirinya tidak bergelumang dengan hal-hal yang diharamkan, tidak meminta sesuatu yang mengandung dosa dan tidak memutuskan tali silaturahim. "Rasulullah menyebutkan bahwa seorang laki-laki yang menempuh perjalanan jauh rambutnya penuh dengan debu. Dia mengangkat tangannya ke langit sambil berkata, "Ya Rabbi! Ya Rabbi! sedangkan makanannya haram, minumannya haram maka bagaimana mungkin doanya dikabulkanNya?" (HR. Muslim).

Thursday 30 May 2013

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)






inilah serb sedikit berkenaan sejarah penubuhan UKM..
  • Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. 
  • Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
  •  Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur. 
  •  Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. 
  • Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. 
  • Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini. Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

assignment access

Tuesday 28 May 2013

Amalkan Selawat Tafrijiyah : Semoga Murah Rezeki..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena berada  bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan.. Memohon sebanyak-banyaknya doa kepada Allah S.W.T.. 

Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Bacaan yang saya maksudkan ialah Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah.. Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..
 

Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah


Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Olahraga pernafasan




Tarik Nafas Dalam-dalam.
Dengan bernafas melalui hidung anda bboleh  meningkatkan fungsi otak anda dengan cepat. Menarik nafas dalam-dalam memberikan  oksigen lebih banyak pada darah anda, dan tentunya pada otak anda. Tingkat oksigen rendah pada darah anda akan mengurangi fungsi otak anda. Jika anda berminat, anda boleh melakukan  melakukan olahraga pernafasan.

Life..

Hidup ini tak selamanya indah, kadang penuh dengan warna..., ya warna, merah kuning hijau dan ada juga  kelabu.... inilah hidup, mencuba belajar dari pengalaman hidup...

Tanda kiamat



Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar. Oleh itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT. Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan.
 
Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.